lama dah ku tak update blog aku rasenya dah 4 tahun. terlupa password katanya,so disi ku nukilkan sedikit erti penghijrahan. Buka buku baru,dunia baru.ehem.nilai penghijrahan itu kita yg dapat mengtafsirkannya,erti kata feel tu kita yg merasa.Apapun aku bersyukur pada allah kerana DIA yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.Penilaian kita selalu meleset dan selalu menyalahkan takdir,menyalahkan orang lain
Kita harus merenung kembali, apakah rahsia yang menyebabkan kejayaan gemilang perjuangan rasulullah s.a.w. setelah berhijrah ke madinah? Ya, sebelum hijrah, sebenarnya Baginda s.a.w. telah membangunkan aqidah dan akhlak, membasmi kegelapan syirik dan kufur, diganti dengan cahaya iman dan hidayahALLAH, akhlak buruk ditukar kepada akhlak yang baik dan mulia, dan memperkenalkan yang MA'RUF untuk menggantikan yang mungkar (buruk dan keji) yang selama ini mencengkam kehidupan masyarakat serta kezaliman dan penindasan diganti dengan keadilan, persaudaraan dan kasih sayang.
Firman ALLAH s.w.t. yang bermaksud: "Wahai sekalian manusia, beribadahlah kepada tuhan kamu yang menciptakan kamu dan orang-orang terdahulu sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa." (surah al-baqarah:21)
Hijrah bentuk ini ialah perpindahan jiwa daripada yang buruk kepada yang baik, suci dan benar. Atau, perpindahan jiwa daripada yang baik kepada yang lebih baik, lebih suci dan lebih benar. Hijrah bentuk ini tidak kurang mulianya daripada hijrah bentuk pertama dan kedua di atas. Ia merupakan penerusan bagi ikatan perjanjian di antara seorang hamba dengan Allah agar hidupnya sentiasa di dalam keadaan bersih dan mengamalkan akhlak terpuji sebagai bukti kepada kebenaran imannya.
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
No comments:
Post a Comment